Tuesday, January 6, 2009

Al-Jannah

Genap 2 hari sahabat pergi ke Sabah. Bukan untuk melancong tetapiuntuk menggalas seribu satu tanggungjawab mendidik anak bangsa.Perkenalan dengan sahabat atas urusan pekerjaan dan dari situlahbermula persahabatan ini. Hampir 1tahun lebih aku mengenalinya..perwatakan lemah lembut, peramah, sopan santun, ceria itulah Jannah.Walau jauh mana sekalipun, persahabatan tetap berkekalan..Itulah sahabat..tidak ada istilah untuk bekas sahabat...Sahabat sampai bila-bila...Untuk ustazah Jannah, tabahkan hati dan jadilah pendidik yang mengajar dan mendidik dengan ikhlas

Di manakah erti kemanusian?

ANGGOTA penyelamat memeriksa keadaan mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui tertimbus dalam runtuhan rumahnya selepas serangan tentera Yahudi ke atas rumah ahli Hamas di Zeitun, semalam.(sumber: Berita Harian, 7 Januari 2009)

6 Januari 2009 8.49pm

Bunga-bunga api pada 27 Disember 2008 bukan untuk meraikan tibanya tahun 2009 tetapi bunga api inilah mencari mangsa untuk dikorbankan. Hatiku tersentuh melihat ramai nyawa yang tidak berdosa terkorban.Kanak-kanak, wanita yang tidak berdaya menjadi mangsa. Prinsip zionis bukan menghapuskan hamas tetapi adalah untuk membersihkanrakyat palestin dari semenanjung gaza.530 penduduk palestin terkorban.Itu baru hari yang kesebelas. Liga Arab hanya mampu berbicara kosong wahlal pendiriannya menyokong Israel yang merupakan sekutu Barat.Mungkin kerna ini adalah cara terima kaseh mereka kepada Barat dan Sekutunya yang membantu dalam perang teluk satu tika dulu.Negara dunia ketiga, hanya melaungkanpendirian menentang zionis tanpa tindakan.Kalaula negara-negara Islam bersatu......

Aku tidak punya kuasa yang mampu melenyapkan Israel, kalau tidakdah pasti hancur dan binasalah Israel.

Marilah kita sama2 memboikot coca-cola, starbucks, McD, KFC, Johnson n johnson, Maggi, nescafe yang merupakan barangan Israel dan Amerika dan serta syarikat yang memberi support kepada israel.