Monday, September 28, 2009

selamat hari raya

Makalah ini diunjurkan bersama2 gambar2 pada 1minggu berhari raya di kampung halaman. Majlis perkahwinan adik Hazeri bersama pasangannya pada 26 sept 2009. Tahniah diucapkan Moga kebahagiaan sentiasa milik anda berdua!
Tengok rakan2 bergambar bersama kereta kesayangan. Apatah lagi aku ini mesti la ingin memaparkan gambar terindah bersama si dia yakni kereta kesayangan

Gambar ini kuabadikan bersama Am, Azam tasu, Kak Nor dan Nora pada hari raya ke 2. Aku rindu pada kalian semua.


Hari raya sudah pasti bersama keluarga dan sanak-saudara.



Bersama2 adik2 kesayangan aku. Hari raya pertama yang terakhir bersama adik2. sedis....




Disiplin oo disiplin

28 September 2009 9.55pm

kulampirkan secebis luahan perasaan dek tersentuhmelihat karenah pelajar-pelajar yang tidak menghadirkan diri semasa P & P aku bermula..Perasaan agak kecewa keranamereka yang kukira di dalam kelas hadapan menunjukkanpretasi yang amat buruk.Salah ibu bapa atau guru dalam konteksmendidik pelajar untuk lebih berdisiplin.

Pelajar yang lebih berdisiplin dan maju diletakkan di dalam kelas dihujungskali manakala pelajar sebaliknya berada dalam kelas hadapan.aku cukup bingung dalam situasi sedemikian.
Aku setahun jagung mungkin tidak arif lagi cuba untuk memberi pengajaran kepada pelajar2 yang ponteng bukan niat untuk menjadi guru disiplin. Aku tahu tiap guru adalah guru disiplin apa salahnya akumengorak langkah untuk mendisiplinkan pelajar-pelajar yang bermasalah.

Rambut panjang dan berfesyen mungkin mereka mahukan stail, tudung singkatdan pendek mungkin tren mengikut rakan, memakai perhiasan, bercelak, tidak memakai lencana sekolah, ponteng kelas,rokok, tidak menghormati guru, tidak menyiapkan kerja sekolah, membawa telefon bimbit dan banyak lagi amat menyakitkan mata aku memandangnya.
Seorang sahabat menasihati aku untuk tidak mempedulikan masalah disiplin.katanya "nanti budak2 menyampah kat you". Aku hanya mendiamkan diri.Tidak mengiakan kata2nya. Pada aku, gurulah yang akan mendidikpelajar2.

Hukuman sebagai pengajaran dan ingatan kepada pelajar kerna gurumahu pelajar2nya menjadi yang terbaik dan bukannya BENCI.

Ingat ya wahai pelajar2 ku yang disayangi. INGAT apa yang dilakukan olehguru adalah kerna guru mahu anda menjadi pelajar terbaik dari aspek sahsiah dan pelajaran.