Sunday, December 19, 2010

Coretan Bulan Disember

Salam
Rindu rasanya, setelah berbulan2 meninggalkan alam blogger.
Sepanjang tahun 2010, banyak ceritera yang menarik. kalu mahu diceritakan wah! terlalu banyak. Aku bukannya mcm blogger lain yang hari2 mengemaskini blog.

Tahun 2010
SEDIH/TERKILAN
SEBAB
ada perkara yang belum capai sasaran
Yang pertama: sasaran jumlah simpanan tidak dapat dicapai.
Yang Kedua: Perubahan sikap dan cara pengurusan kerja
Yang Ketiga: Melancong pada bulan 12
Yang keempat: Janji2 nk bawak famili p langkawi, terengganu xdapat lg
Yang Kelima: Menjadi seorang multipurpose(hah!mcm mana tu!!!)


GEMBIRA
SEBAB
Yang pertama: Aku telah dapat amanah ALLAH..TOing Toing!! Syukur..
Yang Kedua: Aku dapat anak buah. Tahniah untuk SU dan Fazil
Yang ketiga: Walaupun sasaran jumlah simpanan xcapai tapi aku ada jugak la simpan..untuk Masa depan katakan...
Yang keempat: Percubaan SPM adik aku sangat2 membanggakan moga dia dapat smua A..Moga dapat capai cita2 dia..DR. AIDA(ya ka ni adik!)
Yang kelima: Adik aku sorang lagi dah abih ngaji..lega la satu bab..Moga dapat pekerjaan!
Yang keenam: Impian aku nk beli **** tercapai...Dapat la mengurangkan minyak dalam hidangan..Ni dah lama dah..dari dulu lagi impi.

BANYAK LAGI KEGEMBIRAAN YANG TAK DAPAT DIGAMBARKAN...MAHU RASANYA NK MELOMPAT2.TAPI HAHA TAK SESUAI..

PERKARA YANG PALING2 GEMBIRA!!HA!! MESTILA BERSAMA SI DIA..BUAT KERJA SAMA2, JALAN SAMA2, MAKAN SAMA2..HAHA! THANKS DEAR..

Penyelesaian masalah untuk PERKARA SEDIH:
Yang pertama: Bajet tu penting. Senaraikan perkara yang perlu dibeli sahaja.
Yang Kedua: Ambik Mood, tarik nafas, senyum dan langkah bergaya masuk kelas..dan baca buku tambah ilmu.
Yang Ketiga: tahun 2011, bln 12 ada lg..bawak anak sekali..YahOOO!!
Yang keempat: Ku akan kotakan janji2 ku ini..
Yang Kelima: Belajar dan belajar...Longlife learning...

Wednesday, November 3, 2010

KEHIDUPAN

sedih gembira sering bersilih ganti dalam hidupku..hampir2 menitiskan airmata dan kadang2 terbabas jugak..hmm apapun kena sabar dan jadi seperti batu konkrit yang keras dan kental dalam menempuh perjalanan kehidupan.

Pahit, manis itulah rencah hidupan. Ari ni aku ketawa besar dan esok mungkin aku menangis..

ITULAH KEHIDUPAN

Wednesday, September 8, 2010

Raya..mmm

Mmm raya pada thn ni pertama kalinya kat umah Mak Mertua la..mm actually amat rindu beraya petama ngn adik2 tp mm nak wat camna dh jadi empunya org.
Rindu Nk Makan Ketupat, Nasi IMpit Dekna..
Simpan kat akak n abg ye..

APAPUN

SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR BATIN

Thursday, August 5, 2010

CUTI SEKOLAH (JUMAAT), SABTU SEKOLAH

Hari cuti sekolah jumaat dan sabtu adalah hari yang ditunggu untuk 24jam ngn si dia tersayang..tapi bila si dia xpaham, aku mmm macam mana ya!bukan apa sebab kan hari bekerja, hari yang sibuk..kdg2 ada cerita yang xdapat dkongsi, ada ja perasaan yang nk diluahkan...

Hari cuti la, aku ingin pi jalan2 walaupun terasa kaki malas nk melangkah jauh..orang kata kan JAGA BADAN..haha mmg terjaga pun..

Hari cuti la,aku nak mengasah bakat skill aku dalam bidang masakan..

Hari cuti la, aku terasa nk goyang2 kaki dok saja2...

tAPI ada ja orang XPAHAM

APAPUN TERJADI, AKU AMAT MENGHARGAI CUTI

Tuesday, August 3, 2010

Aku terus menjadi penanti setia...

Aku,
tunggu amanah dari ALLAH

Aku,
tunggu rezki dari ALLAH..

Aku,
tunggu bila ia akan berlaku..

Aku,
tunggu dan terus menanti
hingga aku pun xpasti..

Sunday, April 18, 2010

sekarang??


perkahwinan sikembar suami...fadzil dan su

kat menara alor star






kesibukan tugas menyebabkan aku tidak sempat menulis dalam blog ini...setelah menerima anugerah "isteri" betambah lg tanggungjawab untuk ku galas..ya! sebagai seorang anak untuk mertua...kasih syg bertaut dan semakin lama semakin syg pada suami, mertua dan adik2 ipar lain.selepas perkahwinan aku, menyusul pula perkahwinan sikembar suami...haha bayangkan cuma selang beberapa bulan sahaja perkahwinan kami dan kembar...khabarnya bunting pelamin ..aku? entahla rezki bukan milik aku lg..sekarang?berat badan semakin bertambah mungkin dek terlalu bahagia dgn suami...mmm bahagia bukan kepalang..


semalam, mmm balik rumah ja, sudah terhidang lauk pauk..aku cuma tersenyum..ya la sapa yang xsuka bila balik beleh mengadap makanan...yang pasti sekarang proses penurunan berat badan berlaku..alhamdullillah, produk kesihatan herbalife banyak membantu..awalaupun xturun banyak namun badan terasa sihat dan ringan...








Tuesday, March 2, 2010

Kerna dia


Kehidupan aku bertambah bahgia dek mendapat title "pn"...Dia telah dijadikan untuk aku dalam mengecapi kehidupan duniawi ini....