Saturday, January 1, 2011

SELAMAT DATANG 2011

7.54 pm..
Salam
agak lewat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011..Semalam, tiada sebarang sambutan di tempat tinggal aku..dan aku tidak berminat untuk meraikan tahun 2011...bukan tidak mahu menerima kenyataan yang mana usiaku hampir menjengah 30-an..

20, 30, 40 hanya sekadar usia namun sejauh manakah aku melangkah dalam merubah diri menjadi seorang yang berjaya..Hidup bkn sekadar makan, minum, tidur dan melakukan rutin2 harian namun disebalik kehidupan, aku masih mencari2 erti kepuasan..

Ya! manusia tidak pernah PUAS..sudah berjaya, hendak berjaya dengan lebih tinggi..Ya! aku mmg manusia..mmg ada perkara2 yang belum memuaskan hati aku..baik dari segi kerjaya, isteri dan hamba kepada Allah dan juga kepada ibu bapa..

Walau bagaimanapun, mana mungkin aku melupakan apa itu SYUKUR..banyak yang aku kecapi selama ini kerana ALLAH..ALLAH memakbulkan doa2 aku selama ini..kerana ku tahu DIA MAHA MENGETAHUI, MAHA MENDENGAR, MAHA PEMURAH..
Dengan akhirnya COretan ini, kututup diari 2010...Selamat datang 2011
Wassalam..