Tuesday, September 16, 2008

Siapa Puteri Lindungan Bulan?


Aku bukan Puteri Lindungan Bulan. Dia cuma seorang puteri yang ingin sekali aku jumpai. Dia adalah puteri keramat yang menjadi rebutan kerajaan Acheh. Bicara orang tua-tua, pusaranya sentiasa terlindung oleh cahaya bulan.
Cerita lisan dari Kedah Tua ini sering dikaitkan dengan serangan Acheh ke atas Kedah kerana kemarahan Raja Acheh yang gagal memiliki puteri Kedah yang berdarah putih . Tindakan Sultan Kedah yang enggan menyerahkan puteri yang berdarah putih, sebaliknya, menyerahkan puterinya yang berdarah merah telah menyebabkan Acheh menyerang Kedah . Ya, Kedah tewas namun Acheh gagal mencapai hasratnya.

-ARA Lindungan BuLan-

No comments: